Transkrip temubual bersama Baddrol Bakhtiar mengenai perjalanan hidup beliau sebagai atlet bola sepak negara / Maisarah Mad Isa, Nor Nisha Azureen Zamri

Mad Isa, Maisarah and Zamri, Nor Nisha Azureen (2022) Transkrip temubual bersama Baddrol Bakhtiar mengenai perjalanan hidup beliau sebagai atlet bola sepak negara / Maisarah Mad Isa, Nor Nisha Azureen Zamri. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Makalah ini akan mengetengahkan penukilan memoir biografi daripada penulis berkenaan pemain bola sepak negara iaitu Baddrol Bakhtiar, yang merupakan bekas pemain terbaik di dalam pasukan Kedah Darulaman yang telah mencurahkan segala kudrat dan kekuatan dirinya dalam mengharumkan nama negeri Kedah sekaligus nama negara di persada global. Artikel ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada dinamika gaya dan pendekatan ketokohan yang dimiliki melibatkan maklumat latar belakang diri tokoh, sejarah pendidikan, latar belakang keluarga, kerjaya awal, pengalaman sebagai pemain bola sepak dalam kelab, negara dan antarabangsa, anugerah pencapaian yang diterima beliaudan masa depan beliau. Artikel ini berpaksikan kepada sumber pembacaan dan kajian penulis terhadap tokoh serta berpandukan kepada sumber pembacaan dan kajian penulis tehadap tokoh serta berpandukan kepada sumber utama iaitu dokumentasi lisan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah kepada peminat bola sepak tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat dengan pemain terbaik bola sepak negara serta mengkaji keistimewaan yang dimiliki oleh beliau, Selain itu, kajian ini penting demi kelangsungan generasi akan datang serta dapat mencungkil bakat- bakat baharu dalam bidang dunia bola sepak agar mereka dapat menjadikan beliau sebagai teladan dan juga sumber rujukan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of BADDROL BAKHTIAR]
Audio (BADDROL BAKHTIAR)
98314.mp4
Download (17MB)
[thumbnail of PUAN IZYAN]
Audio (PUAN IZYAN)
98314.mp4
Download (41MB)
Indexing & Metrics