Abstract
Transkrip temubual bersama encik Mior Hashim Bin Manap mengenai pengalaman dan perjalanan hidup beliau sebagai seorang seniman di dalam industri seni tanah air bertujuan untuk mengetahui lebih terperinci dan tepat mengenal latar belakang kehidupan beliau dan pengalaman beliau sebagai seorang penggiat teater, pelakon, penyunting skrip dan seorang pengarah filem. Tujuan transkrip ini juga ialah ingin mendokumentasi setiap pengalaman beliau didalam industri seni tanah air ini dengan lebih terperinci dan tepat. Kajian dan penyelidikan yang dilaksanakann menggunakan dua kaedah sesi temubual iaitu temubual awal dan temubual sebenar. Melalui temubual awal yang dijalankan, penyelidik hanya menemubual tokoh iaitu En Mior Hashim Bin Manap bertujuan untuk sesi berkenalan bersama tokoh dan mendapatkan maklumat awal ketika temubual pertama dijalankan. Hasil daripada temubual pertama bersama beliau bertempat di Ara Damanasara secara bersemuka, tokoh meminta kami untuk menemubual terlebih dahulu Pensyarah Kanan Fakulti Teater dan Animasi Puan Aminah Rhapor bagi mendapatkan maklumat mengenai siapakah En Mior Hashim Bin Manap dan secara langsung kami mencipta soalan rintis hasil selepas temubual bersama Puan Aminah Rhapor.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azizan, Mohamad Azhari 2020973639 Yusop, Muhammad Syafi 2020990841 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Jali, Jafalizan UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Selangor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Drama tv, Crosswind Ltd, filem, Kumpulan Teater Kreatif, seniman |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/98113 |
Download
98113.mp3
Download (210MB)
98113.mp3
Download (237MB)