Transkrip temubual bersama Norhaiza bin Noordin Tokoh Adiguru Negara 2011 mengenai seni ukiran kayu Melayu / Amira Fazira Shaifuddin and Nur Farisha Yahya

Shaifuddin, Amira Fazira and Yahya, Nur Farisha (2021) Transkrip temubual bersama Norhaiza bin Noordin Tokoh Adiguru Negara 2011 mengenai seni ukiran kayu Melayu / Amira Fazira Shaifuddin and Nur Farisha Yahya. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini adalah mengenai temubual sejarah lisan bersama tokoh Adiguru Kraf Ukiran Halus iaitu Encik Norhaiza bin Noordin. Temubual ini telah dijalankan pada 18 Disember 2020 pada 3.30 petang selama 2 jam 15 minit melalui aplikasi Google Meet. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui penglibatan tokoh dalam industri seni ukiran kayu Melayu. Serta mengetahui tentang asas-asas atau elemen penting dalam seni ukiran kayu. Teknik pengukiran yang betul akan menghasilkan ukiran yang kemas dan berkualiti. Faktor lain seperti pemilihan kayu dan nilai komersial juga memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan semasa. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai perbezaan antara seni Ukiran Melayu Tradisi dan seni Ukiran Melayu Kontemporari serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengukir pada masa kini dalam menghasilkan karya yang melambangkan identiti mereka sendiri. Pada akhir temubual, tokoh juga memberikan pandangan serta harapan supaya lebih ramai golongan muda menceburi dan menguasai bidang seni ukir ini agar seni warisan ini tidak lenyap ditelan arus pemodenan kini dan terkubur begitu sahaja.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98107.pdf]
Text
98107.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics