Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Zurharman bin Mohamad Nor penulis sajak / Siti Nor Alia Mohd Lokman and Adibah Maisarah Sezali

Mohd Lokman, Siti Nor Alia and Sezali, Adibah Maisarah (2024) Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Zurharman bin Mohamad Nor penulis sajak / Siti Nor Alia Mohd Lokman and Adibah Maisarah Sezali. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini menyelidiki peranan dan pengaruh tokoh sajak dalam menghayati, menghargai, dan mempromosikan seni kreatif. terutamanya dalam genre sajak. Sesi temu bual yang mendalam dengan Encik Mohd Zurharman Bin Mohamad Nor mengungkap latar belakang peribadi, inspirasi, dan pengalaman hidupnya yang membentuk hasil karya sajak. Melalui penerapan metodologi temu bual dan pendekatan kualitatif. kajian ini juga melukiskan dampak positifnya terhadap kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap seni sajak. Objektif kajian melibatkan pemerhatian terhadap pandangan dan kehidupan tokoh sajak, meningkatkan kapasiti masyarakat dalam memahami sajak, dan menyelidiki perjalanan tokoh dalam arena penulisan seni kreatif. Dalam menangani pelbagai isu budaya dan identiti dalam sajak, sesi temu bual menyediakan wawasan mendalam mengenai peranan sajak sebagai medium penyuaraan isu-isu sosial, sejarah, dan perjuangan budaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa sesi temu bual bersama tokoh sajak berjaya meningkatkan pengetahuan dan minat masyarakat terhadap sajak. Kesimpulan kajian memberi fokus kepada usaha untuk membina hubungan yang lebih rapat antara penulis sajak dan pembaca, serta merancang momentum positif dalam usaha melestarikan seni penulisan sajak dalam masyarakat. Harapannya, temu bual ini bukan hanya acara rutin, tetapi merupakan langkah awal untuk membina asas bagi aktiviti sastera yang berterusan dan melibatkan masyarakat secara aktif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 98073.pdf]
Text
98073.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics