Transkrip wawancara bersama Encik Zulkifli bin Ismail perjalanan seorang tokoh seni lakonan / Alies Safraa Azizul and Nur Najihah Solihah Che Gi

Azizul, Alies Safraa and Che Gi, Nur Najihah Solihah (2023) Transkrip wawancara bersama Encik Zulkifli bin Ismail perjalanan seorang tokoh seni lakonan / Alies Safraa Azizul and Nur Najihah Solihah Che Gi. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini memberi fokus kepada pengalaman serta perjalanan seorang artis seni tanah air yang memulakan kerjayanya sebagai pelakon dan kini juga masih dikenali sebagai artis veteran kerana sudah terlibat dalam bidang lakonan tersebut hampir 40 tahun sejak tahun 1983. Beliau merupakan salah seorang artis seni yang dikenali ramai kerana watak yang pernah dibawanya suatu ketika dahulu sangat memberi kesan dan menarik perhatian ramai penonton pada Ketika itu. Pelbagai jenis genre lakonan yang beliau boleh bawakan serta menyebabkan beliau masih boleh kekal bertahan dalam industri tanah air ini. Selain itu, kajian temubual ini dijalankan ada bertujuan untuk menyelidik sedikit sebanyak tentang latar belakang dan penceritaan kisah beliau dari mula penglibatan dalam industry seni sehinggalah sekarang. Dapatan kajian yang dijalankan adalah sepenuhnya diperoleh daripada sumber lisan oleh Encik Zulkifli sendiri. Implikasi kajian adalah lebih cenderung kepada pelajar serta anak seni yang sedia ada, dan para pengkaji. Berharap agar hasil kajian yang telah dilakukan ini mampu menjadi sumbangan literasi ilmiah yang bermanfaat untuk digunakan dalam kajian ilmiah serta bahan rujukan bagi individu ,kumpulan dan badan organisasi tertentu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 97461.pdf]
Text
97461.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics