Transkrip wawancara bersama tokoh seni Tarian Saba Puan Che Wan Noorsaidi binti Che Wan Abdul Rahman / Nuur Athirah Abu Hashim and Nur Arifah Syahadah Yusnilzahri

Abu Hashim, Nuur Athirah and Yusnilzahri, Nur Arifah Syahadah (2023) Transkrip wawancara bersama tokoh seni Tarian Saba Puan Che Wan Noorsaidi binti Che Wan Abdul Rahman / Nuur Athirah Abu Hashim and Nur Arifah Syahadah Yusnilzahri. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama seorang tokoh kesenian yang mewarisi kesenian persembahan Saba daripada arwah ayah beliau iaitu Che Wan Noorsaidi Binti Che Wan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Mak Zah untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai seorang pemain persembahan saba. Che Wan Noorsaidi Binti Che Wan Abdul Rahman atau Mak Zah telah terdedah kepada persembahan ritual Saba sejak kecil lagi iaitu sekitar tahun 70-an. Mak Zah merupakan satu-satunya tokoh kesenian Saba yang boleh memainkan persembahan Saba ini dengan baik. Beliau juga mengetahui kisah-kisah yang wujud dalam persembahan Saba. Che Wan Noorsaidi Binti Che Wan Abdul Rahman @ Mak Zah adalah merupakan pakar rujuk untuk kesenian Saba ini. Pelbagai ujian dan cabaran yang dilalui oleh Mak Zah dalam meneruskan perkhidmatan beliau sebagai pemain persembahan Saba dari dulu hingga kini. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau boleh dijadikan sumber inspirasi bukan hanya kepada mereka yang terlibat dalam dunia seni tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 97452.pdf]
Text
97452.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics