Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Adzran bin Omar pelukis veteran / Muhammad Safdar Izzul Islam Mohd Yatim and Ahmad Syamil Ismail

Mohd Yatim, Muhammad Safdar Izzul Islam and Ismail, Ahmad Syamil (2023) Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Adzran bin Omar pelukis veteran / Muhammad Safdar Izzul Islam Mohd Yatim and Ahmad Syamil Ismail. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Transkrip ini mengandungi temubual bersama tokoh seniman dalam bidang lukisan iaitu Encik Mohd Adzran Bin Omar untuk mengetahui tentang kegiatan dan kerjaya beliau sebagai pelukis di Kelantan. Temubual ini telah dijalankan di gerai (booth) beliau di Bazar Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. Tarikh temubual tersebut adalah pada 17 Januari 2023. Encik Mohd Adzran Bin Omar merupakan seorang guru Pendidikan Seni Visual (PSV) di SMK Zainab 2, merupakan penasihat Persatuan Penggiat Seni Lukis Kelantan (PELUKIS), merupakan ahli Angkatan Pelukis Malaysia (APS), merupakan Lakarasa Kelantan, merupakan ahli Watercolor Malaysia Society, dan merupakan ahli Persatuan Pelukis Kelantan (PESENI). Encik Mohd Adzran Bin Omar telah memulakan kerjayanya dalam bidang seni dengan memulakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fine Arts (BF A) di ITM Shah Alam atau dikenali kini sebagai UiTM Shah Alam pada tahun 1982 sehingga menjadi cikgu pencen pada tahun 2022. Kepakaran Encik Mohd Adzran Bin Omar tidak terhad kepada bidang pembelajaran seni di sekolah sahaja tapi juga merupakan penasihat persatuan PELUKIS, ahli APS, ahli PESENI, ahli Watercolor Malaysia Society, dan Lakarasa di Kelantan. Pelbagai cabaran dan ujian yang dihadapi oleh Encik Mohd Adzran Bin Omar sepanjang kerjayanya dalam bidang seni lukis ini. Transkrip ini akan menceritakan tentang sejarah kehidupan dan kerjaya beliau ketika menjadi seorang pelukis yang bermula dari kecil sehingga beliau dewasa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 97370.pdf]
Text
97370.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics