Transkrip wawancara bersama Wan Nordin Wan Abdullah pembuat replika perkapalan dan kapal layar / Nur Shuhaila Mohd Shuhaimi and Wan Nur Ayuni Wan Mohd Zain

Mohd Shuhaimi, Nur Shuhaila and Wan Mohd Zain, Wan Nur Ayuni (2023) Transkrip wawancara bersama Wan Nordin Wan Abdullah pembuat replika perkapalan dan kapal layar / Nur Shuhaila Mohd Shuhaimi and Wan Nur Ayuni Wan Mohd Zain. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini menunjukkan tentang keunikan tentang seni ukiran replika perkapalan, yang telah berkembang sejak lebih dari 20 tahun. Teknik ukiran ini dilakukan secara manual sepenuhnya dari permulaan proses penyiapan sehingga ke proses terakhir yang mana dapat menghasilkan sebuah replika kapal tersebut. Seni ukiran ini dilakukan dengan penuh ketilitian supaya ianya dapat menghasilkan karya yang kemas serta cantik dipandang. Walaupun seni ukiran replika kapal ini semakin kurang mendapat perhatian daripada generasi muda, kekuatan semangat jiwa serta minat yang mendalam dapat menjadikan seseorang menjadi mahir dalam menghasilkan pelbagai jenis replika kapal. Tambahan pula, replika kapal tersebut dihasilkan sepenuhnya daripada kayu dan tiada sebarang barangan kitar semula digunakan bagi mengekalkan kecantikan tersendiri replika kapal tersebut. Penyelidikan ini menggunakan metodologi sejarah lisan, yang mana memaparkan temu bual bersama tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang replika perkapalan, Encik Wan Nordin Wan Abdullah yang berasal dari Pulau Duyong, Terengganu. Kajian ini memfokuskan tentang pengalaman, cabaran, serta harapan beliau dalam bidang ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 97313.pdf]
Text
97313.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics