Kesan jumlah pepejal terampai terhadap insang ikan / Kamelia Karim ... [et al.]

Karim, Kamelia and Mohamad Latif, Nur Fatini and Sulaiman, Nur Sharzehan and Rabu, Jacquenena Robinsan and Mohamed, Muhammad lhsanuddin and Ridwan, lntan Faizani and Hashim, Aimie Rifhan and Kamaruddin, Sharir Aizat (2024) Kesan jumlah pepejal terampai terhadap insang ikan / Kamelia Karim ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Jumlah pepejal terampai, atau dikenali sebagai Total Suspended Solids, TSS adalah parameter yang penting bagi analisis kualiti air dan linkungan perairan. Jumlah zarah-zarah yang terapung atau terampai di dalam air, seperti debu, pasir, partikel organik, dan lain-lain dapat diukur dengan mengambil sampel air, menapis sampel dari air dan menimbang berat kering zarah yang tertinggal pada kertas turas dan dinyatakan dalam mg/L. Hasilnya, perubahan kualiti air, dan pencemaran dapat dikesan pada peringkat awal, dan seterusnya pihak berwajib dapat merencanakan tindakan pemulihan lingkungan perairan. Sebagai indikator penting dalam analisis kualiti air dan lingkungan perairan, peningkatannya dalam air mengakibatkan kekeruhan air, dan mengurangkan penetrasi cahaya matahari, yang dapat mengganggu fotosintesis tumbuhan air. Kekeruhan air laut akan mengurangkan produktiviti ekosistem perairan yang disumbangkan oleh faktor aktiviti manusia contohnya aktiviti pertanian dan industri, hakisan tanah dan perubahan seperti ledakan alga.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 96836.pdf]
Text
96836.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics