Kesan ammonia kepada sistem penternakan ikan / Nur Fatini Mohamad Latif ... [et al.]

Mohamad Latif, Nur Fatini and Karim, Kamelia and Rabu, Jacquenena Robinson and Sulaiman, Nur Sharzehan and Ridwan, lntan Faizani and Mohamed, Muhammad lhsanuddin and Kamaruddin, Sharir Aizat and Hashim, Aimie Rifhan (2024) Kesan ammonia kepada sistem penternakan ikan / Nur Fatini Mohamad Latif ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Masyarakat di Malaysia tidak lari dengan ikan kerana ikan merupakan sumber protein yang murah serta mudah didapati. Selain itu, ikan juga mempunyai pelbagai nutrisi serta pelbagai mineral terutamanya kalsium. Ikan mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding daging. Selain itu, ikan juga mempunyai DHA. DHA merupakan singkatan daripada 'Docosahexaenoic Acid' iaitu asid lemak Omega-3 yang berperanan dalam mencegah penyakit. DHA sangat penting dalam perkembangan system saraf dan sel otak. Penternakan ikan pula merujuk kepada pemeliharaan dan pembiakan ikan secara komersial yang dilakukan dalam kawasan terkawal untuk menjamin bekalan makanan dan membiakkan ikan. Oleh sebab itu, penternakan ikan sangat penting sebagai sumber bekalan protein kepada negara. lni kerana penternakan ikan menyumbang kira-kira 22% daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia pada tahun 2020. Manakala ammonia pula merupakan bahan kimia yang tidak berwarna terdiri daripada nitrogen dan hidrogen.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 96834.pdf]
Text
96834.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics