Kajian mengenai pengetahuan masyarakat berkaitan aedes dan denggi / Ramzi Spawi ... [et al.]

Spawi, Ramzi and Richard Tuah, Teresa Senai and Bonet, Jacinta and Nyodi, Hajarin (2006) Kajian mengenai pengetahuan masyarakat berkaitan aedes dan denggi / Ramzi Spawi ... [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Walaupun pelbagai kempen tentang kehidupan sihat telah dibuat ia tidak menampakkan tahap yang boleh dibanggakan, mungkin juga kempen tersebut tidak sampai ke sasaran atau terdapat golongan masyarakat yang tidak mengetahui kempen serta maklumat berkaitan sesuatu wabak tersebut. Seperti yang diketahui, penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar. Oleh itu kajian kami ini akan meliputi sejauh manakah pengetahuan masyarakat terhadap penyakit ini dan bagaimanakah cara untuk menanganinya. Justeru, fokus kajiselidik akan dibuat dipersekitaran masyarakat setempat dimana ahli-ahli kumpulan tinggal atau bertugas. Kami akan mengagihkan kertas soal selidik di kawasan luar bandar dan bandar. Selain daripada itu juga kami akan membuat temubual bersama orang-orang tertentu untuk tujuan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 96690.pdf]
Text
96690.pdf
Download (453kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics