Colour rush run: aktiviti kesukanan dikalangan mahasiswa / lzzah Yusra Ismail ... [et al.]

Ismail, lzzah Yusra and Mahmud, Misya Najihah and Tata, Felicity Natalia and Kassim, Azalilah (2024) Colour rush run: aktiviti kesukanan dikalangan mahasiswa / lzzah Yusra Ismail ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Kehidupan di zaman moden membuatkan kita kerap bergantung kepada teknologi dalam aktiviti harian. Dapat kita lihat pada zaman kini, setiap individu memiliki sekurangkurangnya satu peranti canggih yang dibawa bersama setiap masa. Peranti yang paling kerap diguna dan mudah dibawa ialah telefon pintar. Sesuai dengan namanya, telefon pintar dilengkapi dengan teknologi canggih yang membolehkan penggunanya berkomunikasi dan meningkatkan produktiviti pengguna dalam pembelajaran dan pekerjaan. Selain boleh memasang pelbagai jenis aplikasi canggih, telefon pintar juga memberi jaminan pada pengguna dari segi keselamatan. Hal ini membolehkan para pengguna menghubungi ahli keluarga atau talian kecemasan jika terlibat dalam insiden seperti kemalangan jalan raya. Semua faedah yang dinikmati ini berasal daripada kecanggihan dan kemajuan teknologi. Olehitu, memang tidak dapat disangkal teknologi merupakan satu keperluan penting untuk semua golongan masyarakat pada era globalisasi ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 96687.pdf]
Text
96687.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics