Kepentingan tidur yang mencukupi terhadap kesihatan fizikal, mental, dan emosi / Fauziana Fauzi @ Mat Rawi

Fauzi @ Mat Rawi, Fauziana (2024) Kepentingan tidur yang mencukupi terhadap kesihatan fizikal, mental, dan emosi / Fauziana Fauzi @ Mat Rawi. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Secara purata, seseorang individu memperuntukkan satu pertiga daripada hidupnya untuk tidur. Tidur memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penuaan, kesihatan mental dan kesejahteraan umum seseorang terutamanya dalam proses baik pulih badan dan otak. Puratajam tidur yang mencukupi bagi seorang dewasa seperti yang telah disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 jam hingga 9 jam sehari. Kajian pada tahun 2019mendapati, sebanyak 51% pekerja di Malaysia mengalami sekurang - kurangnya satu bentuk tekanan, dan tidur tidak mencukupi adalah salah satu daripadanya. Hasil kajian Nielsen Malaysia mendapati, purata rakyat negara ini tidur selama enam jam sehari, manakala hampir 11 juta orang mengalami masalah sukar tidur pada waktu malam dan empat juta daripada mereka mengalami insomnia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 96684.pdf]
Text
96684.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics