Perpustakaan Spa Retosc / Mohd Shahriman Jailani

Jailani, Mohd Shahriman (2019) Perpustakaan Spa Retosc / Mohd Shahriman Jailani. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 131. ISBN 9789670314716
Abstract

Perpustakaan Spa Retosc merupakan perpustakaan yang dibina untuk peningkatan pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas (MBK) di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor (SMPKVIP). SMPKVIP menempatkan 3 kategori MBK iaitu keupayaan pendengaran, keupayaan penglihatan dan masalah pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan Perpustakaan Spa Retocs dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar termasuk tahap pembacaan pelajar. Kajian ini menggunakan Model kualiti perkhidmatan, Boone and Kurtz, 1996 supaya menjadi panduan kepada pengkaji semasa menjalankan kajian. Reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan seramai 20 orang pelajar. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excell. Hasil dari analisis data yang diperolehi menunjukkan 100% dapatan bersifat positif dalam diri murid terhadap inovasi Perpustakaan Spa Retosc.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95574.pdf]
Text
95574.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics