Pengurusan zakat dan peranannya dalam membasmi kemiskinan di Kelantan / Zulkarnain Yusoff, Wan Fauzi Wan Mamat and Muhammad Shukri Salleh

Yusoff, Zulkarnain and Wan Mamat, Wan Fauzi and Salleh, Muhammad Shukri (2008) Pengurusan zakat dan peranannya dalam membasmi kemiskinan di Kelantan / Zulkarnain Yusoff, Wan Fauzi Wan Mamat and Muhammad Shukri Salleh. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Zakat berpontensi sebagai salah satu medium bagi membasmi kemiskinan di Malaysia dan khususnya di Kelantan. Ini kerana kekuatannya sebagai salah satu sumber ekonomi utama bagi negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Jika sumber ekonomi ini diuruskan dengan baik, matlamat negara untuk membasmi kemiskinan secara total mungkin menjadi realiti. Kajian ini memfokuskan Kelantan sebagai lapangan kajian bagi melihat sejauh mana zakat dapat membasmi kemiskinan secara total mengikut pandangan pihak yang menerima zakat. Seramai 240 responden beragama Islam yang mendapat/pernah mendapat bantuan zakat daripada tiga jajahan di Kelantan yang telah ditetapkan iaitu Machang, Bachok dan Kata Bharu telah dipilih mengikut teknik pensampelan "convenience sampling" bagi menjimatkan kos, masa dan tenaga manusia. Objektif utama kajian kami ialah melihat sejauh mana zakat dapat membasmi kemiskinan dan apakah pengurusan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sudah berada di landasan yang tepat bagi memenuhi tuntutan para penerima zakat. Objektif kami ini terjawab apabila secara puratanya, para penerima bantuan zakat atau dengan istilahnya asnaf yang layak menerima zakat berpuas hati dengan cara pengurusan zakat oleh MAIK tetapi berharap bahawa pengurusan zakat oleh MAIK dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan selain menambah jumlah bantuan bulanan yang diterima sebanyak RM 130 kepada satu angka yang bersesuaian dengan nilai kos hidup semasa yang semakin meningkat kini. Kajian ini penting kepada pelbagai pihak bagi melihat keberkesanan zakat dalam membasmi kemiskinan dan memperbaiki cara pengurusan mereka supaya selari dengan kehendak rakyat. Akan tetapi, masih ramai asnaf-asnaf yang tidak sedar bahawa bantuan zakat itu sebenarnya boleh memperbaiki taraf hidup mereka untuk menjadi yang lebih baik daripada yang sedia ada dan pihak bertanggungjawab harus memainkan peranan untuk mewujudkan kesedaran bahawa zakat dapat membantu mereka bukan hanya sekadar untuk kegunaan seharian, malah untuk masa hadapan. Semoga Kelantan pada satu masa hari nanti menjadi negeri yang sifar dari segi jumlah penduduknya yang berada dalam kategori miskin.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95527.pdf]
Text
95527.pdf
Download (198kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics