AKNC 2023 Universiti Teknologi MARA (Kedah): jaringan industri dan keusahawanan

UiTM, Cawangan Kedah (2023) AKNC 2023 Universiti Teknologi MARA (Kedah): jaringan industri dan keusahawanan. Universiti Teknologi MARA, Kedah. (Unpublished)
Abstract

Pada tahun 2022, UiTMKDH dipimpin oleh mantan rektor iaitu Prof Dr Mohamad Abdullah Hemdi sehingga 14 Julai 2022 sehingga diambil alih oleh Prof Dr Roshima Haji Said bermula 1 Oktober 2022. Secara amnya, Pengurusan Kanan UiTMKDH dibentuk melalui dua lapisan atau strata pengurusan utama iaitu Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kampus dan Pengurusan Kanan Kampus. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTMKDH telah memilih JARINGAN INDUSTRI DAN KEUSAHAWANAN sebagai bidang tumpuan bagi laporan AKNC 2023 bersesuaian dengan tema ‘UiTM Cawangan Kedah Membudayakan Aktiviti Keusahawanan’. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak Pengurusan Kanan dan fokus utama adalah JARINGAN INDUSTRI DAN KEUSAHAWANAN di peringkat kampus, universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pengurusan Kanan sentiasa memantau dan memastikan keberkesanan perancangan dan pencapaian Petunjuk Prestasi (PI) yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95407.pdf]
Text
95407.pdf
Download (551kB)
Indexing & Metrics