Fasa di hujung nyawa / Siti Asmah Mohamed

Mohamed, Siti Asmah (2024) Fasa di hujung nyawa / Siti Asmah Mohamed. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 11
Abstract

Penjagaan paliatif seringkali dikaitkan dengan individu-individu yang menghidapi penyakit kronik seperti penyakit kanser, buah pinggang, strok, penyakit jantung dan sebagainya. Namun demikian, pesakit kanser yang tiada lagi harapan untuk sembuh atau didiagnos pada peringkat akhir ataupun terminal memerlukan penjagaan dan rawatan paliatif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penjagaan paliatif merupakan perdekatan perubatan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka yang berdepan penyakit mengancam nyawa dengan mengatasi dan mengurangkan penderitaan, sama ada melalui rawatan fizikal, psikososial dan spiritual. Hampir semua hospital besar kerajaan mempunyai pusat rawatan paliatif atau disebut juga sebagai Hospis. Setiap pusat rawatan paliatif mempunyai pasukan khusus yang memberikan khidmat paliatif seperti para pakar, doktor, jururawat dan sukarelawan paliatif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95392.pdf]
Text
95392.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics