AKNC 2023 Pejabat Bendahari: pengurusan kewangan

UiTM, Pejabat Bendahari (2023) AKNC 2023 Pejabat Bendahari: pengurusan kewangan. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Pengurusan kewangan Universiti merupakan aktiviti menguruskan sumber kewangan berdasarkan keutamaan dan pematuhan kepada dasar dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh akta dan tadbir urus Universiti. Seksyen 22 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) memperuntukkan Bendahari sebagai pegawai utama yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Universiti dalam menguruskan hal ehwal kewangan Universiti dan melaksanakan tugas di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor. Bendahari UiTM adalah Ketua PBend yang juga merupakan ahli MEU dan memainkan peranan signifikan dalam memastikan kelancaran pengurusan kewangan UiTM mengikut akta, dasar, pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa. Kepimpinan Kanan PBend terdiri daripada seorang Bendahari, 3 orang Ketua Timbalan Bendahari dan 8 orang Timbalan Bendahari Kanan yang setiap seorang mengetuai Jabatan yang berkenaan. Peranan Kepimpinan Kanan PBend dalam menjayakan bidang tumpuan pengurusan kewangan diaplikasikan melalui model PDCA (Plan, Do, Check, Act).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95386.pdf]
Text
95386.pdf
Download (556kB)
Indexing & Metrics