Laporan AKNC 2023 Akademi Pengajian Bahasa: pengajaran dan pembelajaran

UiTM, Akademi Pengajian Bahasa (2023) Laporan AKNC 2023 Akademi Pengajian Bahasa: pengajaran dan pembelajaran. In: Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC). (Unpublished)
Abstract

Pada awal 2022, Akademi Pengajian Bahasa (APB) diterajui oleh Profesor Dr. Othman Ismail sebagai Dekan dan Profesor Ts. Dr. Januddin Sardi sebagai Timbalan Dekan Akademik (TDA), Dr. Muhammad Zaidi Zakaria sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TD HEP) serta Profesor Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan, Penerbitan, Jaringan Industri (TD PJI). Barisan pengurusan tertinggi APB didukung oleh seorang Timbalan Pendaftar bagi urusan pentadbiran serta Penolong Pendaftar Kanan bagi urusan akademik dan hal ehwal pelajar serta barisan Ketua Pusat Pengajian, Koordinator dan Penyelaras bagi setiap unit. Walau bagaimanapun, pada Jun 2022 Profesor Ts. Dr. Janudian Sardi telah memangku jawatan Dekan APB seterusnya dilantik menjadi Dekan pada Julai 2022. Tempat beliau telah digantikan dengan Profesor Dr. Anealka Aziz Husin sebagai Timbalan Dekan Akademik (TDA). Pengurusan tertinggi Akademi Pengajian Bahasa melalui Dekan Profesor Ts. Dr. Janudin Sardi sebulat suara memilih bidang tumpuan Pengajaran dan Pembelajaran bagi penilaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022. Oleh hal yang demikian, Dekan APB telah menyarankan Timbalan Dekan Akademik untuk membuat semakan dan aktiviti yaang berkaitan dengan inisiatif yang dipilih. Justeru, beberapa inisiatif dilaksanakan, dilapor serta ditambah baik oleh jabatan-jabatan yang terlibat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95376.pdf]
Text
95376.pdf
Download (493kB)
Indexing & Metrics