Sempadan Malaysia-Thailand / Nurhafizah Ahmad and Fadzliwani Astifar Alias

Ahmad, Nurhafizah and Alias, Fadzliwani Astifar (2024) Sempadan Malaysia-Thailand / Nurhafizah Ahmad and Fadzliwani Astifar Alias. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 11
Abstract

Sempadan Malaysia-Thailand merupakan sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand dan ditetapkan melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Sempadan ini membentang sepanjang kira-kira 646 km, dengan 551 km sebagai sempadan darat dan 95 km mengikut thalweg aliran utama Sungai Golok, Kelantan. Semasa tempoh Darurat Tanah Melayu dan konflik dengan pemberontak Komunis sehingga tahun 1970-an, pemberontak komunis sering melintasi sempadan ke Thailand untuk mengelakkan penangkapan oleh tentera Malaya dan tentera Komanwel. Sebagai langkah keselamatan, Malaysia membina tembok di sepanjang beberapa kawasan sensitif sempadan pada tahun 1996 untuk merintangi penyeludupan. Terdapat empat negeri di Malaysia yang berkongsi sempadan dengan Thailand. Dari barat ke timur, negeri-negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Perak, dan Kelantan. Di sebelah Thailand, terdapat empat wilayah yang bersempadan dengan Malaysia. Dari barat ke timur, wilayahwilayah tersebut adalah Satun, Songkhla, Yala, dan Narathiwat. Sempadan ini memainkan peranan penting dalam hubungan bilateral, perdagangan, dan pertukaran budaya antara kedua-dua negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95301.pdf]
Text
95301.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics