Teks ucapan sempena majlis perasmian program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM 2024 / Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin

Sahib @ Sahibuddin, Shahrin (2024) Teks ucapan sempena majlis perasmian program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM 2024 / Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin. In: Majlis Perasmian Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM 2024 / Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, 2 Mac 2024, Arena Kampung Sungai Pinang, Pulau Pangkor, Perak.
Abstract

1. Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, dapat sama-sama kita berkumpul, sempena Majlis Perasmian Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM 2024 di Arena Kampung Sungai Pinang, Pulau Pangkor, Perak. 2. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam program pada pagi ini. Kami berasa bertuah kerana Dato' Seri Diraja sudi hadir ke program kami buat julung kalinya. Jazakallah Dato' Seri Diraja kerana memberi sokongan kepada program pagi ini. 3. Pada kesempatan ini juga, tahniah diucapkan di atas penganjuran Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) ini kepada seluruh sukarelawan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM yang mana julung kalinya diadakan di Pulau Pangkor, Perak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95260.pdf]
Text
95260.pdf
Download (158kB)
Indexing & Metrics