Tekad dan semangat Palestin / Elly Johana Johan

Johan, Elly Johana (2024) Tekad dan semangat Palestin / Elly Johana Johan. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 11
Abstract

Di bumi yang merah Palestin berdiri
Sejuta kisah pilu meresapi hati.
Palestin merintih, diceroboh dan dikepung
Tanah keramat menjadi saksi bisu penderitaan

Tirai hitam membentangi langit biru
Takdir yang dipertikaikan di atas tanah yang diwarisi
Citra luka dalam sejarah duka berdarah
Melintasi padang pasir menyusuri setiap dakwat perjuangan

Saat letupan bom menghancur lumatkan
Percayalah, ketika itu hati kami turut rasa disagat
Tetapi yang runtuh hanyalan bangunan bukan semangat
Qunut Nazilah dilaungkan bersama gema Selawat

Biar dijajah, namun Palestin tidak pernah tunduk
Dari utara hingga selatan, segenap arah timur dan barat
Gaza ditepian Laut Medditeranean yang luas dan dalam
Dihempas badai, tetapi tetap teguh tidak berkecai

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 95035.pdf]
Text
95035.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics