Sampai masanya… / Elly Johana Johan

Johan, Elly Johana (2024) Sampai masanya… / Elly Johana Johan. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.
Abstract

Sampai masanya…
Aku tidak lagi akan menongkah arus
Aku akan hanya terus mengalir dari udik ke muara

Sampai masanya…
Aku tidak lagi berlari dari dikejar sang ombak
Biar kaki dijamah lalu menghempas pantai

Sampai masanya…
Aku tidak lagi cuba menutup jendela menghindar sang
bayu
Aku rela urat nadi disapa dalam cengkaman
Kedinginan

Sampai masanya…
Aku tidak lagi biarkan sang hujan jatuh bersendirian
Hanya membiarkan air mengalir laju membasahi
seorang aku

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 94868.pdf]
Text
94868.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics