Mahalnya Selempang "Pink" UiTM: Titian Perjalanan Pengajian Diploma / Dr. Mohamad Firdaus Ahmad and Nur Syazwani Zulaikha Safwan

Ahmad, Mohamad Firdaus and Safwan, Nur Syazwani Zulaikha (2024) Mahalnya Selempang "Pink" UiTM: Titian Perjalanan Pengajian Diploma / Dr. Mohamad Firdaus Ahmad and Nur Syazwani Zulaikha Safwan. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Buku yang berjudul “Mahalnya Selempang Pink UiTM: Titian Perjalanan Pengajian Diploma” ini mengisahkan tentang perjuangan dan pahit manis yang ditempuhi oleh dua orang penulis iaitu Dr. Mohamad Firdaus Bin Ahmad dan Saudari Nur Syazwani Zulaikha Binti Safwan dalam memburu impian untuk menyarung selempang pink sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM). Demi melayakkan diri untuk menyarung selempang keramat itu syaratnya cuma satu, iaitu pada setiap semester pengajian mereka wajib mencapai Anugerah Dekan! Mereka sedar syarat tunggal itu amat mustahil untuk dilaksanakan, namun demi impian yang berkobar-kobar maka mereka tidak ada pilihan yang lain lagi melainkan jiwa dan tenaga dikerah sepenuhnya demi merealisasikan cita-cita yang tidak pernah padam itu. Berkat usaha dan atas keizinan daripada-Nya mereka berjaya menjadikan impian itu sebuah realiti. Selempang Pink yang didambakan akhirnya berada dalam genggaman! Maka Buku “Mahalnya Selempang Pink UiTM: Titian Perjalanan Pengajian Diploma" menjadi saksi dan bukti atas segala perjuangan yang telah mereka pertaruhkan sehingga impian melangit yang tersemat di hati akhirnya bukan lagi mimpi tetapi menjadi sebuah realiti yang pasti. Sesungguhnya perjuangan ini tidak mudah, namun bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.Soalnya setinggi mana kita berani bermimpi, maka tanya pada diri sebanyak mana onak dan duri yang sanggup kita harungi kerana tidak ada kejayaan tanpa keringat dan air mata sebagai maharnya. Semoga kisah yang dikongsi oleh kedua-dua penulis ini dapat dijadikan inspirasi dan rujukan khususnya kepada mahasiswa UiTM yang mempunyai impian yang sama untuk menyarung selempang pink pada akhir pengajian nanti. Selamat berjuang demi menggapai impian buat semua.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Mohamad Firdaus
UNSPECIFIED
Safwan, Nur Syazwani Zulaikha
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Keywords: Selempang, Pink, UiTM, titian perjalanan, diploma
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94803
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94803.pdf] Text
94803.pdf

Download (550MB)

ID Number

94803

Indexing

Statistic

Statistic details