Adik sayang / Arifah Fasha Rosmani

Rosmani, Arifah Fasha (2024) Adik sayang / Arifah Fasha Rosmani. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 11
Abstract

Setiap hari air mataku bergenang.
Seringkali terkenang sesosok tubuh yang kusayang.
Senyum manis dan tawanya yang girang.
20 tahun hidupnya dengan penyakit buah pinggang.
Seawal usia 16 tahun adik berjuang.
Saban hari dengan tabah dan sabar meneruskan kehidupan.
Adakala air matanya menitis keletihan dan kepenatan.
Namun pengharapan dan doanya tidak pernah lekang.
Hatinya sentiasa tenang dan tidak putus harapan.
Genap 36 tahun umurnya adik kembali kepada Tuhan.
Sahabat terbaik yang telahku hilang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 94716.pdf]
Text
94716.pdf
Download (986kB)
Indexing & Metrics