Kelangsungan keindahan bahasa dan adab Melayu / Shahril Anuar Abdul Ghalim

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2024) Kelangsungan keindahan bahasa dan adab Melayu / Shahril Anuar Abdul Ghalim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Puisi tradisional merupakan salah satu komunikasi lisan yang wujud sejak zaman berzaman. Ini merupakan salah satu bentuk komunikasi lisan yang banyak dipengaruhi perspektif budaya Melayu. Melalui puisi tradisional, kita dengan mudah dapat mengesan betapa mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak mengandungi ciri budaya Melayu seperti keindahan pemilihan kata-kata, amalan budi pekerti, tradisi adat, alunan kiasan dan kesantunan pesanan yang wujud melalui deretan perkataan yang membentuk suatu kontek atau makna. Bahasa yang digunakan dalam puisi juga banyak mencerminkan aspek intonasi komunikasi yang bersifat sopan santun, budi bahasa, lemah lembut, beradab dan banyak lagi yang mampu dijelmakan. Puisi tradisional merupakan alat pengucapan atau komunikasi lisan yang menerapkan keindahan kata-kata dalam menyampaikan pesan ataupun nasihat mahupun maksud tertentu dengan berkesan. Penyusunan kata-kata harus disusun dengan disiplin yang tersendiri bagi menyesuaikan dengan alunan suara dalam penyampaian. Ini adalah asas utama dalam puisi iaitu punyai gaya intonasi penyampaian yang unik berbanding bentuk komunikasi lisan yang lain. Ianya bersandarkan beberapa bentuk puisi tradisional iaitu seperti pantun, gurindam, syair, seloka dan pelbagai lagi. Setiap satunya mempunyai tatacara penyampaian berdasarkan irama dan bunyi yang indah bersesuaian dengan kelembutan budaya Melayu.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Ghalim, Shahril Anuar
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Keindahan bahasa, adab melayu, alat pengucapan, komunikasi lisan
Date: February 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94098
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94098.pdf] Text
94098.pdf

Download (1MB)

ID Number

94098

Indexing

Statistic

Statistic details