Puisi: ingatkan yang terlupa / Shahril Anuar Abdul Ghalim

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2024) Puisi: ingatkan yang terlupa / Shahril Anuar Abdul Ghalim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Cerita Rakyat warisan keramat
Asas kehidupan bimbingan tersemat
Cuba difaham maksud tersirat
Tauladan panduan sebagai azimat
Jalani kehidupan secara berhemat

Golongan sasar tak kira siapa
Tua dan muda tak kira usia
Cerita ringkas tak mudah lupa
Sindiran membentuk peribadi mulia
Digarap sopan agar tak dirasa

Berlatar teguran pelbagai pedoman
Menarik minat tingkat pemahaman
Cuba diolah kesesuaian zaman
Galur budaya dialun kandungan
Agar tercipta catatan pengalaman

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Ghalim, Shahril Anuar
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Puisi, cerita rakyat, warisan keramat, pedoman
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94055
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94055.pdf] Text
94055.pdf

Download (889kB)

ID Number

94055

Indexing

Statistic

Statistic details