Kempen Solidariti Palestin / Suhaila Sharil

Sharil, Suhaila (2024) Kempen Solidariti Palestin / Suhaila Sharil. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pada 29 dan 30 November 2023 bertempat di Dewan Biduanda UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah berlangsung Mascom Might 2023 yang bermula jam 8 Pagi dan berakhir jam 5 Petang. Kursus Khidmat Masyarakat (N5HPD233) telah dijemput untuk membuka booth (Pameran) selama dua hari bagi menyuntik kesedaran pelajar kepada program sukarelawan dan kempen solidariti Palestin. Seramai 1424 orang telah hadir bagi meraikan program Mascom Might tersebut. Antara peserta yang hadir selain daripada pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban dan Kampus Rembau adalah daripada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Sains Rembau, SMK Pedas, SMA Haji Mohd Yatim, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, SMK Undang Rembau, SMK Datuk Abdullah, SMA Rembau dan SMK Dato’ Sedia Diraja. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah yang bertajuk ‘The Wakeup Crew’ oleh alumni UiTM Encik Zaki bin Zainal, Ceramah bertajuk Eager Episodes: Shaping Perceptions: The Power of Advertising oleh Puan Syahirah Suhumi dan Encik Mohd Ridzuani Ab Aziz. Sesi petang pula adalah aktiviti Fueled Media: Creative and Innovation Competition on Communication Issue di mana dua orang juri telah dilantik iaitu Puan Nurul Nisha Binti Mohd Shah dan Ustazah Suhaila Sharil bagi mengemudi sebelas kumpulan yang bertanding. Pada jam 4 petang pula Puan Norazreen Samsuri telah mengetengahkan sesi praktikal yang bertajuk Beaute & Bloom: Grooming for Radiant Transformation. Selain daripada pameran solidarity Palestin, terdapat juga pameran media fotograf mengenai balai berita, wartawan dan bagaimana mengendalikan sesi interaktif yang dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media daripada UiTM Shah Alam.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sharil, Suhaila
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Dewan Biduanda, UiTM, Negeri Sembilan, Mascom Might 2023
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94052
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94052.pdf] Text
94052.pdf

Download (1MB)

ID Number

94052

Indexing

Statistic

Statistic details