Ibrah Perang Tabuk / Dr Mohd Kamel Mat Salleh

Mat Salleh, Mohd Kamel (2024) Ibrah Perang Tabuk / Dr Mohd Kamel Mat Salleh. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Peperangan Tabuk berlaku dalam bulan Rejab tahun ke 9 Hijrah. Ia berlaku selepas peristiwa pembukaan kota Mekah. Penaklukan ini digambarkan sebagai neraca penentu antara hak dan batil kerana dakwah Nabi telah tersebar serta diterima oleh orang Arab melalui kemasukan berduyun-duyun ke dalam agama Islam. Surah al-Fath merakamkan kejayaan orang-orang Islam selepas melalui ujian getir melalui Perjanjian Hudaibiyyah yang membawa isyarat kejayaan menakluk kota Mekah, bumi kelahiran nabi dan orang-orang Muhajirin. Namun begitu, masih terdapat ancaman yang sentiasa mengancam kekuatan orang-orang Islam iaitu Kerajaan Romyang dikenali sebagai empayar terbesar dunia ketika itu selain daripada Kerajaan Parsi. Kaisar Rom menganggap bahawa kerajaan Islam pimpinan Rasulullah SAW adalah halangan kepada mereka untuk menguasai rantau Arab ketika itu. Perang Tabuk berlaku rentetan dari Perang Mu’tah yang terjadi sebelumnya dalam tempoh masa kurang setahun. Di sebalik syahidnya tiga orang pahlawan Islam iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawwahah, tentera Islam hasil kebijaksanaan strategi Khalid bin al-Walid berjaya mengkucar-kacirkan tentera Rom sehingga mereka berundur kerana menyangka tentera Islam mendapat bantuan untuk memerangkap tentera Rom. Akhirnya pihak musuh berundur diri dengan tidak meneruskan perang tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Salleh, Mohd Kamel
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Perang Tabuk, Mekah, Arab
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94041
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 94041.pdf] Text
94041.pdf

Download (2MB)

ID Number

94041

Indexing

Statistic

Statistic details