Mempercepatkan penyediaan surat penahanan konvokesyen

Mohd Jais, Mohamd Hamidi and Mohamed Raffi, Siti Fazlina and Othman, Immazura and Hamzah, Hazami and Jamal, Mohd Fadhil and Mohamad Sukur, Rusinorhelmi (2011) Mempercepatkan penyediaan surat penahanan konvokesyen. In: Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia ke 3, 9-11 Jun 2011, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)
Abstract

Projek kumpulan Titanium adalah untuk mengatasi masalah kelewatan penyediaan surat penahanan konvokesyen sebulan sebelum konvokesyen berlangsung selari dengan piagam pelanggan Sahagian Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan Tun Abdul Razak. Hasil projek ini adalah untuk memastikan proses penyediaan dilakukan secara mudah, pantas dan cepat agar perjalanan konvokesyen berjalan dengan lancar, menghasilkan satu kaedah standard bagi penyediaan surat, mengurangkan semaksima mungkin bilangan graduan yang mempunyai masalah dengan Perpustakaan, serta penyediaan yang lebih tepat dan mudah untuk pemantauan Antara faedah yang diperolehi daripada projek ini ialah, dapat menjimatkan wang jabatan, menjimatkan masa, memberi impak kepada Perpustakaan di dalam mempercepatkan proses penyediaan surat penahanan konvokesyen, meningkatkan produktiviti staf serta memudahkan Sahagian Konvokesyen UiTM menjalankan operasi pengagihan jubah. Cadangan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mencipta satu alat (tool) yang dapat menyemak secara berkelompok, menentukan proses yang paling penting untuk maklumat pelajar serta mewujudkan fungsi cetakan secara berkelompok yang dikenalpasti dapat mempercepatkan penyediaan suart penahanan konvokesyen. Kos operasi jabatan dapat dijimatkan sebanyak RM97,0000.00.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 93963.pdf]
Text
93963.pdf
Download (5MB)
[thumbnail of 93963.pdf]
Text
93963.pdf
Restricted to Registered users only
Download (224MB)
Indexing & Metrics