AKNC 2021 Akademi Pengajian Bahasa: pengajaran dan pembelajaran

UiTM, Akademi Pengajian Bahasa (2021) AKNC 2021 Akademi Pengajian Bahasa: pengajaran dan pembelajaran. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Pengurusan Tertinggi APB telah memastikan keberkesanan English Exit Test (EET) dan Computer-Based Language Test (CBLT) dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan (12 Flagships of Akademi Pengajian Bahasa). Kajian dan penilaian yang berterusan telah dijalankan bagi memastikan masalah-masalah yang mungkin timbul dikenalpasti dari peringkat awal lagi. Pelaksaan yang terancang juga diberikan keutamaan agar EET dan CBLT yang melibatkan bilangan pelajar, staf akademik, serta bukan akademik yang ramai dapat dijalankan dengan jayanya. Pemantauan yang berterusan dipraktikkan oleh Kepimpinan Kanan APB untuk memastikan kelemahan-kelemahan yang ketara diberikan tumpuan yang khusus. Ini seterusnya disusuli dengan penambahbaikan yang melibatkan usaha pemurnian aspek-aspek tertentu berkenaan EET dan CBLT. Keadaan ini juga dicapai hasi daripada kerjasama yang diberinkan oleh Jawatankuasa EET & CBLT yang terdiri daripada para pensyarah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 93239.pdf]
Text
93239.pdf
Download (483kB)
Indexing & Metrics