Peranan Sekolah Tunas Bakti Kuching dalam pemulihan akhlak juvana di Sarawak / Wan Shaiful Bahri Wan Hassan ... [et al.]

Wan Hassan, Wan Shaiful Bahri and Abang Hadari, Dyg. Hamdiah and Hassan, Yaman and Edmund Andrew, Jasmine (1995) Peranan Sekolah Tunas Bakti Kuching dalam pemulihan akhlak juvana di Sarawak / Wan Shaiful Bahri Wan Hassan ... [et al.]. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Sekolah Tunas Bakti Kuching, Sarawak adalah sebuah sekolah yang berfungsi sebagai sekolah tahanan juvana lelaki dan terletak di sebidang tanah yang luasnya hampir 25 ekar di km 2, Jalan Datuk Mohamad Musa , Kota Samarahan. Tujuan institusi ini didirikan adalah untuk memulihkan anggota masyarakat yang rosak akhlak agar mereka dapat menyesuaikan diri semula ke dalam masyarakat. Di samping itu, institusi ini juga menempatkan belia-belia yang tidak terkawal dan yang memerlukan penjagaan dan perlindungan. Institusi ini mempunyai sebuah blok pentadbiran, sebuah blok kelas akademik dan Bilik Mesyuarat, 4 blok bengkel latihan, 6 blok asrama termasuk sebuah bilik tahan sementara, sebuah Dewan Makan dan Dapur, sebuah padang bolasepak, bola keranjang, tenis dan sepak takraw serta satu kawasan pertanian, 4 buah kuarters dan 2 buah berek panjang. 5 pintu juga ditempatkan di dalam Institusi untuk kegunaan kakitangan Institusi. Struktur pentadbiran Sekolah Tunas Bakti Kuching adalah dibawah Perkhidmatan Pemulihan Akhlak dibawah tanggungjawab Pengarah Perkhidmatan Pemulihan Akhlak di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Malaysia. Kementerian Kebajikan Am Sarawak membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di atas perkara-perkara seperti perlaksanaan dasar, pengurusan kakitangan dan kewangan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 93190.pdf]
Text
93190.pdf
Download (983kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics