A-DaM - alat bermain, berzikir dan berdoa / Zaeem Harith Abu Tarmizi ... [et al.]

Abu Tarmizi, Zaeem Harith and Din, Norrina and Noorsam, Aiyaz Zakwan and Noorsam, NurAisha Marha (2019) A-DaM - alat bermain, berzikir dan berdoa / Zaeem Harith Abu Tarmizi ... [et al.]. In: Academic Intellectual International Invention, Innovation & Design Book. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 13. ISBN 9789670314716

Abstract

Dunia kanak-kanak adalah bermain. Disebabkan itu pelbagai permainan telah dicipta untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Permainan ini juga mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi sekarang ini telah menghasilkan pelbagai permainan berteknologi dan berinterakrif yang boleh dimuat turun dan boleh dimainkan dengan komputer, komputer riba, “tablet” dan juga telefon pintar. Namun, terdapat keburukan akibat bermain permainan dengan menggunakan gajet yang sedia ada. Antaranya ialah boleh menyebabkan ketagihan, merosakkan mata akibat daripada cahaya yang dipancarkan oleh alatan tersebut, mengurangkan masa tidur, serta menghadkan masa berinteraksi sesama keluarga dan rakan-rakan. Lebih membimbangkan lagi aktiviti seharian seperti masa untuk bersolat, belajar dan beriadah akan terganggu lantaran ketagihan permainan video ini. Oleh itu, permainan A-DaM ini dicipta khas untuk mengatasi masalah tersebut di samping dapat mengenal nama-nama Allah Asmaul Husna. Ini kerana, mempelajari, mengetahui dan beramal dengan Asmaul Husna ini adalah wajib seperti yang dicatatkan dalam Al Quran "Allah memiliki Asmaul Husna, maka memohonlah kepada-Nya. dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." (QS. Al-A'raaf : 180). Dalam hadis juga menyatakan “Sesungguhnya Allah Swt mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" (HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, dan Al-Baihaqy. Oleh itu, A-DaM ini adalah unik yang mempunyai kelebihan tersendiri seperti mengajar kanak-kanak untuk berinteraksi sesama sendiri semasa bermain, mengenal Asmaul Husna, belajar untuk berdoa dan menanamkan sifat bersabar dan mengurangkan sinar radiasi jika dibandingkan dengan penggunaan gajet. A-DaM ini direka khas supaya kanak-kanak tidak didedahkan kepada kesan radiasi, ianya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Ia mempunyai karekteristik bukan sekadar sebagai alat permainan malah ianya juga unik dan boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah. Ianya dapat dijadikan sebagai alat untuk berdakwah dan juga mempunyai nilai tambah dan memberi impak bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan sesuai untuk semua peringkat umur.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Tarmizi, Zaeem Harith
UNSPECIFIED
Din, Norrina
norrina7@gmail.com
Noorsam, Aiyaz Zakwan
UNSPECIFIED
Noorsam, NurAisha Marha
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 13
Keywords: Kanak-kanak, teknologi, permainan
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/93105
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 93105.pdf] Text
93105.pdf

Download (2MB)

ID Number

93105

Indexing

Statistic

Statistic details