Perahu lepa: sejarah dan warisan suku kaum Bajau Laut / Nadhirah Maulan ... [et al.]

Maulan, Nadhirah and Sarifudin, Nur Munifah Afifah and Yunus, Mohd Nizam and Nik Ariffin, Nik Azliza and Azman, Kamarul Azwan (2022) Perahu lepa: sejarah dan warisan suku kaum Bajau Laut / Nadhirah Maulan ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 6 (3). pp. 101-115. ISSN 2600-7088
Abstract

Perahu lepa sememangnya sinonim dalam masyarakat Bajau. Perahu lepa merupakan rumah perahu tradisional yang digunakan oleh suku kaum masyarakat Bajau dan ia merupakan alat pengangkutan dan perhubungan yang paling penting pada masa dahulu. Di samping itu juga, seni bina lepa merupakan sejenis perahu yang dijadikan tempat kediaman kerana mereka masih lagi mengamalkan kehidupan bercorak nomad. Perahu lepa merupakan lambang identiti dan warisan dalam masyarakat Bajau terutamanya masyarakat suku kaum Bajau Laut di bahagian Pantai Timur Sabah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji asal-usul lepa, proses pembuatan serta corak dan motif yang diukir pada perahu lepa. Kaedah temubual dijalankan bersama seorang tokoh yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang seni warisan perahu lepa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92634.pdf]
Text
92634.pdf
Download (674kB)
Indexing & Metrics