Memoir di pustaka ilmu: catatan kehidupan Siti Adnon Haji Abdul Wahid sepanjang bergelar pustakawan merangkap Alumni FPM / Erniezah Igbor Abdullah ... [et al.]

Abdullah, Erniezah Igbor and Haris, Dg. Nurul Izzathy and Ahmad, Mohd Nazir and Idrus, Marlia (2021) Memoir di pustaka ilmu: catatan kehidupan Siti Adnon Haji Abdul Wahid sepanjang bergelar pustakawan merangkap Alumni FPM / Erniezah Igbor Abdullah ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 336-364. ISSN 2600-7088
Abstract

Kajian ini menggunakan sejarah lisan untuk menjejaki kisah hidup Alumni Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM atau dahulunya dikenali sebagai Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat (KSPM). Tokoh yang terpilih bagi menjayakan kajian ini ialah Siti Adnon Haji Abdul Wahid, iaitu mahasiswi KSPM pada sekitar tahun 1983 hingga 1986. Pengkaji telah mengaplikasikan kaedah kualitatif di mana temubual secara atas talian telah dijalankan melalui aplikasi persidangan video atas talian iaitu Google Meet. Kajian ini turut mengupas pengalaman dan sumbangan Siti Adnon semasa beliau bergelar mahasiswi di KSPM dan seterusnya sebagai alumni. Selain itu, pengkaji akan menyingkap pengalaman beliau menjadi pustakawan selama 27 tahun di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Beliau seorang yang begitu aktif dalam memberikan kesedaran terhadap masyarakat tentang peranan pustakawan sebagai fasilitator untuk pendidikan tidak formal. Beliau juga terlibat dengan penulisan biografi mengenai Tokoh-Tokoh Ulama Negeri Sembilan. Melalui kajian ini, terbuktilah bahawa FPM bukan sahaja berjaya melahirkan pustakawan yang profesional, malah turut melahirkan seorang pemimpin masyarakat yang serba boleh

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92618.pdf]
Text
92618.pdf
Download (602kB)
Indexing & Metrics