Melakar jejak rencam anakronisme batik kontemporari negara: Nik Mohd. Faiz Nik Mohamed Amin / Fadhrullah Hakim Yusop ... [et al.]

Yusop, Fadhrullah Hakim and Nik Azlee, Nik Anis Syamimi and Ahmad, Mohd Nazir and Mazlan, Mazwani Ayu (2021) Melakar jejak rencam anakronisme batik kontemporari negara: Nik Mohd. Faiz Nik Mohamed Amin / Fadhrullah Hakim Yusop ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 222-256. ISSN 2600-7088

Abstract

Makalah ini akan mengetengahkan penukilan memoir biografi daripada penulis berkenaan penggiat seni penghasilan batik kontemporari negara iaitu Nik Mohd. Faiz Nik Mohamed Amin, anak jati Kelantan yang telah memberi serba banyak bentuk sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada global. Artikel ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada dinamika gaya dan pendekatan ketokohan yang dimiliki melibatkan maklumat latar belakang diri tokoh, penubuhan kedua-dua syarikat perniagaan beliau iaitu Ruzz Gahara dan Rumah Gahara, pengalaman beliau dalam menerajui Pertubuhan Kraf Malaysia, sumbangan dan pencapaian beliau di peringkat nasional dan antarabangsa, serta titipan pandangan, cadangan dan kata-kata nasihat bagi generasi muda yang berkeinginan tinggi dalam menceburi bidang seni penghasilan batik kontemporari. Artikel ini berpaksikan kepada sumber pembacaan dan kajian penulis terhadap tokoh serta berpandukan kepada sumber utama iaitu dokumentasi lisan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni kraftangan tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat penggiat-penggiat seni serta mengkaji keistimewaan yang dimiliki oleh setiap mereka. Selain itu, kajian ini penting demi kelangsungan generasi akan datang serta dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang seni penghasilan batik kontemporari agar mereka dapat menjadikan beliau sebagai teladan dan juga sumber rujukan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusop, Fadhrullah Hakim
UNSPECIFIED
Nik Azlee, Nik Anis Syamimi
UNSPECIFIED
Ahmad, Mohd Nazir
UNSPECIFIED
Mazlan, Mazwani Ayu
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 5
Number: 3
Page Range: pp. 222-256
Keywords: batik, kontemporari, Nik Faiz Nik Amin, Rumah Gahara, Ruzz Gahara
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92539
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92539.pdf] Text
92539.pdf

Download (864kB)

ID Number

92539

Indexing

Statistic

Statistic details