Tarian Ngajat etnik kaum Iban di Sarawak / Norazmi Azni Shah, Wan Muhammad Arif Asyraff Wan Nik dan Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi

Shah, Norazmi Azni and Wan Nik, Wan Muhammad Arif Asyraff and Kamal Rafedzi, Ezza Rafedziawati Tarian Ngajat etnik kaum Iban di Sarawak / Norazmi Azni Shah, Wan Muhammad Arif Asyraff Wan Nik dan Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (3). pp. 201-221. ISSN 2600-7088
Abstract

Tarian Ngajat Iban merupakan tarian tradisional kaum Iban di Sarawak. Tarian ini terdiri daripada pelbagai jenis tarian seperti Ngajat Pahlawan, Ngajat Induk, Ngajat Kerak dan Ngajat Ngalu Temuai. Tarian Ngajat dilakukan ketika meraikan sesuatu peristiwa penting seperti perayaan sambutan Hari Gawai Dayak dan ketika terdapat tetamu yang datang ke rumah panjang sebagai mengalu–alukan tetamu yang datang bertandang ke rumah panjang kaum Iban. Tarian ini melambangkan kegagahan pahlawan Iban dan keayuan masyarakat Iban itu sendiri. Langkah yang ditarikan memerlukan latihan yang sangat lama kerana perlu mahir dengan pergerakan kaki, lenggok badan dan pergerakan tangan yang memerlukan kesabaran untuk melakukan tarian Ngajat Iban ini. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengenali jenis tarian Ngajat kaum Iban dan perkembangan tarian Ngajat dari awal penubuhan sehingga kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92534.pdf]
Text
92534.pdf
Download (450kB)
Indexing & Metrics