Persona seni ukiran Melayu Terengganu / Amira Fazira Shaifuddin ... [et al.]

Shaifuddin, Amira Fazira and Yahya, Nur Farisha and Wan Abdullah, Wan Abdul Malek and Nik Ariffin, Nik Azliza (2021) Persona seni ukiran Melayu Terengganu / Amira Fazira Shaifuddin ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (2). pp. 55-73. ISSN 2600-7088
Abstract

Kajian ini menganalisis tentang keindahan seni Ukiran Melayu yang telah menjadi satu fenomena pada zaman dahulu. Hal ini kerana ia dianggap sebagai satu identiti kepada sesebuah bangsa. Motifnya yang berasaskan flora, fauna serta kaligrafi tulisan Arab dan jawi telah menjadi pilihan Raja-raja Melayu terdahulu untuk memperlihatkan keunikan seni ukiran tersebut pada rumah kediaman, anjung serta pintu besar di istana. Kehalusan seni ukiran yang dipamerkan telah menjadi satu titik permulaan dalam mengembangkan serta menghidupkan suasana seni ukiran dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun begitu, pengukir-pengukir menghadapi cabaran dalam mengukir ukiran selaras dengan “trend” semasa tanpa mengubah asas tradisi ukiran kayu Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa seni ukiran Melayu masih dipraktikkan oleh pengukir-pengukir dengan menggunakan motif yang relevan dengan nilai komersial serta permintaan daripada masyarakat. Malahan, perbezaan antara Seni Ukir Melayu Tradisional dan seni Ukir Melayu Kontemporari juga memainkan peranan dalam memenuhi permintaan semasa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 92416.pdf]
Text
92416.pdf
Download (304kB)
Indexing & Metrics