Menyingkap sejarah kajian sains perpustakaan dan pengesanan alumni melalui wawancara sejarah lisan bersama Mohd Taib Mohamed / Jannatul Sofia Nasaruddin ... [et al.]

Nasaruddin, Jannatul Sofia and Wan Juliem, Wan Noorasekin and Azman, Kamarul Azwan and Md. Jali, Jafalizan (2021) Menyingkap sejarah kajian sains perpustakaan dan pengesanan alumni melalui wawancara sejarah lisan bersama Mohd Taib Mohamed / Jannatul Sofia Nasaruddin ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 5 (2). pp. 17-36. ISSN 2600-7088

Abstract

Penyelidikan ini menyingkap sejarah Kajian Sains Perpustakaan sehingga tertubuhnya Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan pengesanan graduan yang merupakan salah seorang pelajar dan alumni yang pernah berkecimpung dalam bidang Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat pada tahun 1973. Kajian ini dijalankan untuk merungkai latar belakang tokoh sepanjang zaman pengajiannya di fakulti tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti sejarah FPM secara khusus sepanjang tempoh pengajian tokoh di fakulti berkenaan. Kajian ini turut menekankan tentang cabaran yang dihadapi oleh tokoh sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang pustakawan yang berwibawa. Kaedah yang diterapkan dalam menjalankan kajian ini adalah dengan mengadakan rujukan silang sumber sejarah lisan, melaksanakan kerja-kerja mentafsir sejarah lisan, menjalankan kajian lanjut terhadap topik yang difokuskan, dan mengetengahkan koleksi sejarah lisan. Kajian ini telah menemukan pengkaji dengan seorang tokoh iaitu Encik Mohd Taib bin Mohamed yang merupakan salah seorang alumni UiTM bagi tahun 1973. Melalui kajian ini pengkaji berharap agar kajian mengenai tokoh dalam bidang ini dapat memberi pendedahan berkenaan bidang Kajian Sains Perpustakaan kepada masyarakat sekaligus dapat melahirkan produk UiTM yang berkualiti tinggi dan sejajar dengan tokoh yang terkenal dalam bidang lain.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nasaruddin, Jannatul Sofia
UNSPECIFIED
Wan Juliem, Wan Noorasekin
UNSPECIFIED
Azman, Kamarul Azwan
UNSPECIFIED
Md. Jali, Jafalizan
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 5
Number: 2
Page Range: pp. 17-36
Keywords: Kajian Sains Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), alumni, Mohd Taib bin Mohamed.
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92412
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92412.pdf] Text
92412.pdf

Download (885kB)

ID Number

92412

Indexing

Statistic

Statistic details