Biografi bekas juara dunia, silat olahraga: Zakri Ibrahim / Nor Adlina Moinnuddin ... [et al.]

Moinnuddin, Nor Adlina and Mokhtar, Nur Amizatul Shahida and Mohd Yunus, Alwi and Abdul Kadir, Irwan Kamaruddin (2020) Biografi bekas juara dunia, silat olahraga: Zakri Ibrahim / Nor Adlina Moinnuddin ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 4 (2). pp. 62-72. ISSN 2600-7088

Abstract

Artikel ini berkisar tentang pengalaman dan perjuangan seorang tokoh dalam silat olahraga iaitu Zakri Bin Ibrahim yang pernah mendapat gelaran sebagai juara dunia dalam silat olahraga pada tahun 2000. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada sumber pembacaan dan juga sumber lisan yang telah dijalankan bersama beliau. Artikel ini memaparkan tentang latar belakang beliau dan perjalanan hidup dari beliau dilahirkan serta pengalaman beliau ketika berkecimpung dalam silat olahraga. Beliau merupakan atlet yang terawal menyertai silat olahraga di mana pasukan beliau merupakan pasukan pertama yang terlibat dan mewakili Malaysia ke sukan SEA pada tahun 1987. Selain berkongsi pengalaman manis dalam bidang silat olahraga, beliau juga berkongsi pengalaman pahit dan cabaran yang dilalui sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ini. Beliau juga merupakan pengasas kepada Persatuan Bekas Pesilat Negara. Dalam konteks ini, beliau juga berkongsi mengenai pencapaian beliau sepanjang menjadi atlet silat negara. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenali dan mengetahui tentang latar belakang dan pengalaman tokoh silat olahraga yang pernah mendapat gelaran juara dunia pada satu ketika dahulu dan memberi pendedahan mengenai sumbangan beliau.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Moinnuddin, Nor Adlina
UNSPECIFIED
Mokhtar, Nur Amizatul Shahida
UNSPECIFIED
Mohd Yunus, Alwi
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Irwan Kamaruddin
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Fighting sports. Martial arts
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 62-72
Keywords: Zakri Ibrahim, Silat, Silat olahraga, Sukan SEA, Persatuan Bekas Pesilat Negara, Juara dunia
Date: October 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92113
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 92113.pdf] Text
92113.pdf

Download (160kB)

ID Number

92113

Indexing

Statistic

Statistic details