Transformasi digital di dalam industri kewangan / Noor Azila Mohd Zaid ... [et al.]

Mohd Zaid, Noor Azila and Idris, Asma’ Rashidah and Zainal Abidin, Nurain Farahana and Kamarulzaman, Masrul Hayati (2023) Transformasi digital di dalam industri kewangan / Noor Azila Mohd Zaid ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Malaysia sedang menuju ke arah masyarakat tanpa tunai atau pun "cashless society" menjelang tahun 2050. Walaupun jarak masa adalah lebih kurang 27 tahun akan datang, namun kerajaan telah mempergiatkan kempen dan mengambil tindakan sewajarnya supaya wawasan tersebut dapat dicapai dalam masa yang telah di rancang. Malaysia Digital (MD) telah dilancarkan pada bulan Julai 2022 bagi menggantikan 'Malaysia Super Corridor' (MSC) setelah 25 tahun membawa misi ke arah perkembangan digital Malaysia. Terdapat sembilan (9) fokus utama di dalam Malaysia Digital iaitu pelancongan digital, ekonomi digital Islam, perdagangan digital, pertanian digital, perkhidmatan digital, bandar digital, kesihatan digital, kewangan digital dan kandungan digital. Malaysia Digital merupakan suatu inisiatif yang sangat baik dari kerajaan dimana ia telah menggalakkan dan juga menarik syarikat daripada luar, seterusnya meningkatkan aktiviti pelaburan dan memberi pulangan yang baik terhadap negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91946.pdf]
Text
91946.pdf
Download (562kB)
Indexing & Metrics