Menjejaki warisan tengkolok, tanjak dan destar menerusi kaedah sejarah lisan / Muhammad Faridzuan Romli ... [et al.]

Romli, Muhammad Faridzuan and Mohd Gapor, Muhamad Mustakim and Mohd Nordin, Nordiana and Mat Yatin, Saiful Farik (2018) Menjejaki warisan tengkolok, tanjak dan destar menerusi kaedah sejarah lisan / Muhammad Faridzuan Romli ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 2 (2). pp. 119-129. ISSN 2600-7088
Abstract

Artikel ini berasaskan sumber daripada pembacaan, temubual dan kajian terhadap warisan kesenian pembuatan tengkolok, destar dan tanjak. Tengkolok, tanjak dan destar merupakan perhiasan kepala yang digunakan sebagai penutup kepala oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Nama lain selain yang disebut adalah semutar, setangan dan justar. Terdapat lebih 300 jenis perhiasan kepala yang tersebar di serata negeri. Penggunaannya pada zaman ini seringkali dikaitkan dengan majlis-majlis serta adat istiadat istana. Ianya dipakai oleh raja atau sultan di berbagai negeri yang menunjukkan kepentingannya di dalam alam melayu sejak zaman berzaman. Artikel ini juga mengupas dan mengkaji bagaimana cara pembuatannya yang dianggap sangat kreatif dari segi rekabentuk dan rupa bentuknya. Ianya unik dengan pelbagai ciptaan-ciptaan yang diberi nama dan makna yang sangat mendalam. Di dalam setiap rekabentuk dan keseniannya menyimpan pelbagai sejarah. Pemakaiannya juga diberi perhatian agar ianya terpelihara dari sudut kesenian dan warisannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91909.pdf]
Text
91909.pdf
Download (306kB)
Indexing & Metrics