Muzik beduk serta pembuatan beduk menerusi kaedah sejarah lisan / Nadhirah Aizal ... [et al.]

Aizal, Nadhirah and Alias, Ruhi Wajihah and Ahmad, Abdul Rahman and Mohd Shoid, Mohd Shamsul (2018) Muzik beduk serta pembuatan beduk menerusi kaedah sejarah lisan / Nadhirah Aizal ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 2 (2). pp. 13-23. ISSN 2600-7088
Abstract

Beduk merupakan salah satu alat muzik tradisional yang bersifat bukan muzikal kerana tujuan utama penghasilannya pada asalnya adalah untuk digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk di sesuatu tempat. Beduk akan dipalu dengan rentak tertentu bagi membawa mesej tertentu kepada penduduk. Walaupun, beduk masih lagi wujud dan masih digunakan di sesetengah masjid tetapi penggunaan beduk tidaklah seaktif seperti zaman dahulu kerana adanya peralatan moden untuk mengumpulkan penduduk seperti pembesar suara. Objektif kajian adalah untuk mengetahui proses pembuatan dan sejarah beduk serta teknik ketukan dan fungsi alat tersebut. Bagi mengumpulkan maklumat berkenaan dengannya, sumber dari internet telah didapati tidak mencukupi. Oleh itu, kaedah sejarah lisan telah diguna pakai dengan bertemu responden yang mempunyai ilmu berkaitan dengan alat muzik tradisional tersebut. Hal demikian kerana, sejarah lisan dapat menambahkan sumber-sumber yang tidak lengkap. Selain itu, kaedah ini membolehkan penemuramah bertanyakan perkara yang kurang jelas kepada responden secara langsung serta perkembangannya tidak dilupai dan hilang sebagai bukti sejarah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91894.pdf]
Text
91894.pdf
Download (185kB)
Indexing & Metrics