Kepentingan pendidikan ilmu falak terhadap kesan pencemaran cahaya dari perspektif maqasid syariah / Mohd Paidi Norman ... [et al.]

Norman, Mohd Paidi and Faid, Muhamad Syazwan and Md Shariff, Nur Nafhatun and Ahmad, Mohd Razlan (2023) Kepentingan pendidikan ilmu falak terhadap kesan pencemaran cahaya dari perspektif maqasid syariah / Mohd Paidi Norman ... [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (1): 2. pp. 1-13. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Dewasa kini, pendidikan menjadi satu keperluan bukan sahaja kepada golongan elit malah kepada setiap golongan dalam sesebuah komuniti mahupun masyarakat. Penguasaan ilmu membolehkan manusia memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi. Justeru menjadi tanggungjawab manusia untuk membentuk dan mengekalkan kelestarian alam sekitar bagi menjamin sebuah kehidupan yang harmoni, antaranya dengan cara mempraktikkan ilmu falak dalam kehidupan. Malangnya pelbagai kerosakan telah dilakukan dalam kesibukan manusia mengejar kemajuan hidup tanpa disedari. Manusia secara kolektifnya dihimpit isu globalisasi yang sama seperti peningkatan suhu bumi, kenaikan paras air laut, pelepasan gas rumah hijau yang membawa musibah kepada perubahan iklim yang lebih ekstrim. Namun begitu, terdapat isu lain juga yang mampu membawa kerosakan kepada manusia itu sendiri tetapi agak jarang diperkatakan iaitu pencemaran cahaya. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesan pencemaran cahaya terhadap kehidupan daripada perspektif maqasid Syariah dalam usaha untuk memberi kesedaran mengenai peri pentingnya ilmu falak dalam kehidupan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif dengan menggunakan metod analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati pencemaran cahaya mampu memberi kesan yang negatif terhadap manusia daripada sudut penjagaan nyawa, akal dan keturunan. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya ilmu falak untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Norman, Mohd Paidi
apai_norman@uitm.edu.my
Faid, Muhamad Syazwan
UNSPECIFIED
Md Shariff, Nur Nafhatun
nnmsza@uitm.edu.my
Ahmad, Mohd Razlan
mrazlan@uitm.edu.my
Subjects: Q Science > QB Astronomy
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental pollution
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 9
Number: 1
Page Range: pp. 1-13
Keywords: Alam Sekitar, Ilmu Falak, Pencemaran Cahaya, Pendidikan
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91872
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91872.pdf] Text
91872.pdf

Download (187kB)

ID Number

91872

Indexing

Statistic

Statistic details