Warisan kesenian muzik ghazal / Mohd Zairul Masron ... [et al.]

Masron, Mohd Zairul and Mat Zin, Noorzulaikha and Ashari, Siti Aisyah and Ismail, Aliza (2017) Warisan kesenian muzik ghazal / Mohd Zairul Masron ... [et al.]. Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM), 1 (1). pp. 12-27. ISSN 2600-7088

Abstract

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis irama muzik, tarian dan persembahan tradisional. Antaranya ialah tarian kuda kepang, tarian zapin, inang, rodat, tarian mak yong, wayang kulit serta ghazal. Muzik tradisional tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Setiap negeri di Malaysia mempunyai seni muzik tradisional tersendiri yang melambangkan ciri-ciri ataupun kebudayaan di daerah dan negeri masing- masing. Seni muzik ghazal merupakan muzik tradisional yang popular di negeri Johor. Muzik tradisional ghazal ini merupakan hasil perkembangan dan juga perdagangan negeri Johor dengan dunia luar pada zaman dahulu. Muzik ghazal ini asalnya daripada Tanah Arab dan disebarkan pula melalui pembesar-pembesar istana yang tertarik dengan seni muzik ini.Apabila sampainya ke Tanah Melayu, muzik diperkembangkan dan diolah mengikut adat dan ciri-ciri kemelayuan. Ghazal mempunyai nilai-nilai yang unik, lembut dan sesuai untuk semua jenis golongan untuk menghayatinya. Di dalam muzik ghazal itu sendiri, diselitkan pesanan atau nasihat yang berunsur kebaikan, nilai kasih sayang serta bertujuan untuk mendidik. Muzik ghazal juga mempunyai alatan muzik tersendiri berbeza dengan muzik yang lain. Sesetengah alat muzik tersebut berasal daripada Tanah Arab, India dan Parsi.Contohnya seperti gambus daripada Arab, tabla dan peti harmonium daripada India dan gitar daripada Parsi. Antara alatan lain ialah biola, marakas dan tambourin.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Masron, Mohd Zairul
UNSPECIFIED
Mat Zin, Noorzulaikha
UNSPECIFIED
Ashari, Siti Aisyah
UNSPECIFIED
Ismail, Aliza
UNSPECIFIED
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Sejarah Lisan Malaysia (JSLIM)
ISSN: 2600-7088
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 12-27
Keywords: Ghazal, Warisan, Muzik tradisional
Date: October 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91790
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91790.pdf] Text
91790.pdf

Download (405kB)

ID Number

91790

Indexing

Statistic

Statistic details