Pembangunan wakaf penternakan di Malaysia: satu sorotan awal / Ummi Sulaim Ahmad Rashid ... [et al.]

Ahmad Rashid, Ummi Sulaim and Mohamed Yusof, Mohd Faiz and Bhari, Azri and Roslan, M. Nasrul Hakim (2023) Pembangunan wakaf penternakan di Malaysia: satu sorotan awal / Ummi Sulaim Ahmad Rashid ... [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 9 (1): 1. pp. 1-14. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v9i1.10
Abstract

Krisis rantaian makanan pada masa kini kian meruncing serta menjadi masalah global. Hal ini kerana berlakunya peningkatan tekanan akibat iklim cuaca, kesan pandemik COVID-19, gangguan bekalan mentah serta ketidakstabilan konflik politik. Kesannya, Malaysia turut menerima tempias seperti kekurangan bekalan daging di pasaran, kos makanan dedak yang diimport mahal sekali gus menyebabkan harga kos operasi penternakan meningkat. Ini sekali gus menjejaskan dan memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan termasuk sektor kerajaan, swasta serta masyarakat. Dengan demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat potensi dan hala tuju wakaf yang dapat dibangunkan dan diperkembangkan dalam sektor penternakan di Malaysia. Metodologi yang di gunakan di dalam kajian ini adalah kaedah penyelidikan secara kualitatif iaitu kajian perpustakaan dengan meneliti sumber-sumber sekunder berkaitan dengan wakaf serta industri penternakan di Malaysia. Kajian ini menunjukkan bahawa mekanisme wakaf di dalam sektor penternakan mempunyai potensi yang sangat baik untuk dikembangkan di Malaysia ekoran daripada polisi kerajaan berkaitan industri penternakan, keperluan peningkatan sekuriti makanan serta trend perkembangan wakaf di Malaysia yang semakin dipelbagaikan dalam memaksimumkan manfaat instrumen ekonomi Islam melalui wakaf. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak berkepentingan untuk memperhalusi dan memperkembangkan wakaf dalam pelbagai sektor ternakan bagi memenuhi keperluan semasa

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91784.pdf]
Text
91784.pdf
Download (141kB)
Indexing & Metrics