Program kursus dalam talian yang bertajuk amalan terbaik mengurus borang pada 13 April 2023 / Ahmad Azman Mohamad Ramli

Mohamad Ramli, Ahmad Azman (2023) Program kursus dalam talian yang bertajuk amalan terbaik mengurus borang pada 13 April 2023 / Ahmad Azman Mohamad Ramli. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Pada tarikh 13 April 2023, hari Khamis, bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 11 pagi, satu program kursus dalam talian yang bertajuk “Amalan Terbaik Mengurus Borang” telah diadakan dengan jayanya. Kursus ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Penceramah yang bertugas ialah Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli. Beliau merupakan pensyarah kanan yang bertugas di Pengajian Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Manakala moderator yang bertugas ialah Cik Siti Nur Athirah Binti Abu Amin. Beliau pelajar daripada Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang sedang menjalani latihan industri selama enam bulan di perpustakaan tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 91555.pdf]
Text
91555.pdf
Download (774kB)
Indexing & Metrics