Pemikiran visual daripada permainan tradisional kanak-kanak menerusi konsep sosial budaya / Rushana Sulaiman @ Abd Rahim … [et al.]

Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana and Zahari, Siti Safura and Roslan, Nur Fatiyah and Ahmad Tarmizi, Mohd Shahrul Hisham and Ismail, Azman and Mohd Salleh, Ahmad Noor Rashidi and Saad, Md Hafizullah (2023) Pemikiran visual daripada permainan tradisional kanak-kanak menerusi konsep sosial budaya / Rushana Sulaiman @ Abd Rahim … [et al.]. International Journal of Art and Design (IJAD), 7 (2). pp. 141-152. ISSN 2710-5776 (Submitted)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan membahaskan hasil pemikiran visual daripada permainan kanak-kanak berdasarkan kaedah pembuatan dan penggunaan bahan menerusi konsep sistem sosial budaya. Tujuan utama kajian adalah mengenal pasti jenis-jenis permainan tradisional kanak-kanak sebagai warisan budaya yang perlu didokumentasikan. Meneroka hubung kait antara aspek formalistik seni dan sosial budaya menerusi reka bentuk pembuatan permainan tradisional kanak-kanak pada era 80 atau 90 an. Kebanyakan kanak-kanak zaman dahulu mengaplikasikan permainan tradisional menggunakan seni pembuatan berdasarkan objek sekeliling mereka. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pola tingkah laku, persekitaran, nilai dan keperluan bagi membentuk ekspresi daripada pemikiran visual pemain menerusi sistem sosial budaya. Metodologi pengumpulan data bertulis dan visual dalam kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif yang melibatkan reka bentuk kajian kes yang berasaskan kepada kerja lapangan secara empirikal data yang diperoleh. Kaedah dokumentasi, rakaman visual dan pemerhatian digunakan untuk pengumpulan maklumat berkenaan kajian yang dikaji. Data-data dianalisis menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan kanak-kanak sangat terkait dengan proses pembentukan nilai menerusi pemikiran visual yang diperoleh secara informal. Proses ini berlaku menerusi penghasilan reka bentuk permainan menggunakan alatan dan bahan yang didapati di persekitaran, kaedah permainan dan kreativiti dalam teknik pembuatan. Ianya dilihat menerusi tingkah laku, persekitaran, keperluan dan nilai yang diperoleh oleh para pemain yang terlibat. Implikasi daripada kajian menunjukkan permainan tradisional yang dihayati dari sudut apresiasi seni juga boleh dilihat menerusi sosial budaya, bukan sahaja boleh dilihat daripada sudut formalistik seni sahaja. Permainan tradisional dapat memberi impak yang positif terhadap pembinaan konsep kendiri generasi baru berdasarkan kemahiran sosial dalam kalangan ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana
rushana@uitm.edu.my
Zahari, Siti Safura
safura@uitm.edu.my
Roslan, Nur Fatiyah
fatiyah@uitm.edu.my
Ahmad Tarmizi, Mohd Shahrul Hisham
shahrul313@uitm.edu.my
Ismail, Azman
azman8786@uitm.edu.my
Mohd Salleh, Ahmad Noor Rashidi
noorrashidi@uitm.edu.my
Saad, Md Hafizullah
hafizu007@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: International Journal of Art and Design (IJAD)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > International Journal of Art and Design (IJAD)
ISSN: 2710-5776
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 141-152
Keywords: Apresiasi seni; Budaya sosial; Permainan kanak-kanak; Pemikiran visual
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91135
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 91135.pdf] Text
91135.pdf

Download (4MB)

ID Number

91135

Indexing

Statistic

Statistic details