Tangani obesiti untuk kehidupan yang lebih sejahtera / Fauziana Fauzi @ Mat Rawi

Fauzi @ Mat Rawi, Fauziana (2024) Tangani obesiti untuk kehidupan yang lebih sejahtera / Fauziana Fauzi @ Mat Rawi. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Setiap orang mengimpikan berat badan yang ideal. Berat badan yang ideal dapat menurunkan risiko diabetis, menurunkan risiko kanser payudara, meningkatkan kesihatan jantung, meningkatkan kesuburan, tidur lebih nyenyak serta meningkatkan umur. Terminologi berlebihan berat badan dan obesiti adalah dua kategori berbeza. Bagi berlebihan berat badan, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendefinisikannya berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (IJT) iaitu melebihi 25kg/m2 bagi lebihan berat badan dan kadar IJT melebihi 30kg/m2 bagi obes. Didapati, 50.1% populasi dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan iaitu 30.4% dan obes iaitu 19.7%. Ini bermakna, seorang daripada dua dewasa di negara ini dikategorikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 90510.pdf]
Text
90510.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics