Lakaran gemilang Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor: Januari - Disember 2022 / Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor

UiTM Cawangan Selangor, Hal Ehwal Pelajar (2022) Lakaran gemilang Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor: Januari - Disember 2022 / Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor. Annual Report. Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor, UiTM Cawangan Selangor.

Abstract

Penerbitan Buku Lakaran Gemilang HEP UCS tahun 2022 merupakan sekali lagi kejayaan BHEP dalam merancang dan melaksanakan kepelbagaian agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi maklumat dan sumber rujukan bagi semua warganya dan juga pihak lain yang berkepentingan. Buku ini merupakan satu bahan rujukan dan pendokumentasian kepada pembangunan pelajar yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Buku yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu medium bagi semua warganya mencapai aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik dalam penulisan dan penerbitan buku. Ia juga selari dengan agenda nasional membabitkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Pelan Perancangan Strategik 2020-2025.
Sepanjang tahun 2022, pelbagai aktiviti pembangunan pelajar telah berjaya dilaksanakan dengan kaedah secara bersemuka setelah berakhirnya pandamik Covid-19. Perlaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah HEP telah memberi impak yang sangat besar dan mendalam kepada warga mahasiswa. Pelbagai cabaran telah dilalui oleh semua warga UiTM dalam mendepani wabak Covid-19 dalam memastikan aktiviti pelajar tetap dapat dilaksanakan.
Fasa pengakhiran Covid-19 seharusnya dijadikan satu titik permulaan untuk kita mengubah cara berfikir dan bertindak kepada lebih kreatif dan inovatif dalam setiap perancangan dan pelaksanaan.
Terima kasih kepada BHEP UCS kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan Buku Lakaran Gemilang HEP UCS 2022 pada kali ini. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada warga BHEP UCS khususnya jawatankuasa penerbitan kerana telah berjaya menerbitkan buku ini dan menjadi kebanggaan kepada semua warga BHEP UCS.

Metadata

Item Type: Monograph (Annual Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Cawangan Selangor, Hal Ehwal Pelajar
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Isa, Profesor Madya Dr. Badrul
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Yearbooks
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus
Keywords: Lakaran Gemilang, Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Selangor
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90483
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90483.pdf] Text
90483.pdf

Download (14MB)

ID Number

90483

Indexing

Statistic

Statistic details